Ahad, 27 Mei 2012

Nak Tahu Apa Itu Demam Kuning@Jaundice



Sekarang ni baby yang baru lahir banyak yang kena Demam Kuning @Jaundice, macam dah jadi satu kelaziman pada zaman sekarang ni. RAMAI ibu-ibu terutama yang baru saja melahirkan anak risau apabila bayi mereka mengalami jaundice. Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.


Menurut Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, jaundice atau demam kuning di kalangan bayi adalah perkara normal. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus bayi baru lahir mengalami gejala ini. Jaundice merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan. Nasihat saya pada ibu-ibu jangan risau sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak, pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.


Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi anda. Apa yang ibu bapa perlu tahu setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki. 

Biasanya bacaan bilirubin akan meningkat pada hari ketiga, kelima dan ketujuh. Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan menunjukkan tanda kekuningan dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia masih di dalam kawalan. Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat sehingga melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, rawatan fototerapi akan diberikan. Bayi akan diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water dengan hanya memakai lampin dengan mata ditutup. Cahaya lampu ini berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan akan dikumuhkan menerusi air kencing. Sekiranya rawatan fototerapi ini gagal menghalang daripada kenaikan tahap bilirubin sehingga mencecah 428umo1/1 atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan. Namun ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kini, kes pemindahan darah amat jarang berlaku. Ini kerana pemantauan daripada pihak hospital menyebabkan tahap bilirubin dapat dikurangkan selepas seminggu kelahiran.




Secara saintifik, antara faktor paras bilirubin pada bayi normal meningkat disebabkan oleh: 



  • Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya.
  • Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang atau tidak cukup bulan berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  • Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mempunyai G6PD.
  • Lebam pada badan bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vakum yang menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu di ganti.
  • Darah ibu dan bayi tidak sesuai.
  • Ibu menghidap kencing manis.
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  • Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi dan kerap berbanding bayi perempuan.


  • Namun begitu terdapat juga beberapa petua untuk menghilangkan demam kuning@ jaundice dikalangan bayi.
    • Menjemur bayi pada sebelah pagi di bawah matahari yang tidak terlalu panas. 
    • Tutup mata bayi dengan kain supaya tidak terkena silau.
    • Beri bayi lebih air masak atau air zam zam(se-elok2nya) supaya kekotoran dan tahap bilirubin   yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
    • Susukan bayi sekerap yang mungkin membolehkan bayi membuang air besar sekerap yang mungkin.
    • Rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi untuk beberapa hari.
    • Tinggalkan dulu pengambilan jamu atau ubat2 yang memanaskan badan anda.
    • Rebus kacang bendi dengan secawan air. Beri bayi minum sekali sehari.
    • Beri bayi minum susu kambing sedikit sahaja kerana susu kambing ini panas.
    • Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya. Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
    • Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
    • Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus. Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
    • Ambil sengengam daun kucai dibasuh bersih dan kemudian di rebus. Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
    • Berikan bayi sedikit perahan buah anggur kerana ianya boleh mengurangkan kuning yang ada.
    • Sentiasa duduk didalam keadaan yang terang dan elakkan bayi berada didalam keadaan yang gelap kerana ianya boleh membuatkan tahap bilirubin meningkat menjadi tinggi.

    Doa buat ibu-ibu yang menyusu

    YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
    AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
    SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."






    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan