Khamis, 26 April 2012

Kek Coklat Bertatah Strawberry


Bahan-bahan ( Saiz kek yang sesuai untuk seisi keluarga yang suka makan kek coklat )

  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan mentega/125 gram
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 biji telur
  • Loyang bulat atau empat segi ikut citarasa - yang telah digris sedikit mentega dan ditabur tepung
  • 2 cawan gula aising bertapis
  • 1/3 cawan serbuk kokok
  • 2 sudu besar air panas menggelegak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. Jenguk oven sekejap, pastikan oven dipanaskan terlebih dulu suhu 160 darjah celcius selama kurang lebih sepuluh minit.
  2. Ayakkan tepung bersama soda ke dalam 'mixing bowl'.
  3. Masukkan bahan-bahan kering dimulakan dengan gula, garam, serbuk koko
  4. Masukkan pula bahan-bahan basah, susu cair, mentega, telur dan esen vanilla.
  5. Menggunakan 'mixer', adun kesemua bahan pada kelajuan rendah selama 30 saat, supaya bahan2 tersebut dapat berkenalan antara satu sama lain (tak terkejut).
  6. Setelah itu, pada kelajuan tinggi, adun bahan kek selama 3 minit.(Tidak boleh terlalu lama nanti wujud 'air bubble', kek akan membukit bila nak masak. Tuang ke dalam loyang tadi dan bakar selama 40 ke 45 minit.
  7. Serta merta keluarkan kek dari loyang untuk disejukkan. Setelah sejuk kita sediakan frosting dan hiasan strawberry
  8. Untuk menyediakan frosting, gaulkan gula aising dan serbuk koko, tuangkan air panas dan esen vanilla, kacau sebati. Kepekatan dan kemanisan frosting bergantung pada citarasa.
  9. Image011
     Sapu ratakan frosting tadi ke atas kek, kek tampak berkilat dan sungguh menyelerakan, hiaskan strawberry ikut citarasa. Sedia untuk dihidangkan.

LAKSA PENANG









Bahan-Bahan


Bahan yg Diperlukan 
1) Laksa (1 kg)
2) Telur rebus - mengikut saiz hidangan (secukupnya)
3) Bawang besar - dihiris nipis (1 biji)
4) Nenas - dipotong kecil (1/4 biji)
5) Timun - dihiris nipis memanjang (1/2 biji)
6) Limau nipis - dihiris nipis dan dibuang biji (2 biji)
7) Cili merah - dihiris nipis (3 biji)
8) Salad hijau - dihiris nipis (1 cawan)
9) Bunga kantan - dihiris nipis (2 batang)
10) Daun pudina (sedikit)


Bahan untuk Kuah Laksa 
1) Ikan kembung - rebus dan ambil isinya (4 ekor)
2) Asam Jawa - telah digunakan untuk merebus ikan (10 keping)
3) air rebusan ikan bersama tulang ikan rebus 
4) Pes cili (150g)
5) Belacan bakar (25g)
6) Halia (1 inci)
7) Lengkuas (1 inci)
8) Bawang merah (5 ulas)
9) Bawang putih (8 ulas)
10) Bunga kantan (1 batang)
11) Daun kesum (100g)
12) Serai (3 batang)
13) Gula (sedikit)
14) Garam (secukup rasa)



Cara Memasak


Bagi menyediakan kuahnya, kisar hancur tulang ikan rebus tadi bersama air rebusannya.

Kemudian tapis dan ambil air kisarannya.

Kisar juga separuh daripada isi ikan rebus tadi bersama air rebusan ikan.

Dan tapiskan kedalam mangkuk yang sama dengan air kisaran tulang tadi.

Kemudian kisar pula, bawang putih, bawang merah, halia, belacan,dan juga pes cili bersama sedikit air.� Kisar sehingga hancur sebati

Seterusnya, curahkan air kisaran tulang dan isi ikan tadi ke dalam periuk, bahan-bahan kisar, serai yang diketuk, lengkuas dihiris nipis, bunga kantan dibelah empat, daun kesum, lebihan separuh lagi isi ikan bersama asam keeping. Anda boleh tambahkan lagi asam keping jika suka . 

Kacau rata bahan-bahan tersebut dan masak sehingga kuah ini mendidih. Kacau sekali sekala. Setelah mendidih, perlahankan api dan masukkan bahan-bahan perasa iaitu garam dan gula..� 

Biarkan kuah ini mereneh di atas api yang kecil sehingga pekat dan semua rasa sebati.

Untuk rasa yang lebih enak, kuah ini boleh juga dimasak dan dibiarkan semalaman sebelum dinikmati.

Apabila kuah benar-benar pekat mengikut citarasa, tutup api.

Hidangkan kuah ini bersama-sama laksa dan bahan-bahan sampingan yang lain.

Untuk menikmatinya, masukkan laksa ke dalam mangkuk hidangan bersama dengan salad hijau, hirisan nenas, timun, bawang, cili merah, bunga kantan, limau nipis, daun pudina, telur rebus, dan akhir sekali curahkan kuah laksa. 

Selamat menikmati hidangan.

Resepi Asam Batang Keladi


Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 150 g ikan pari masin, dipotong 1.5 inci dan rendam 30 minit
  • 2 pokok keladi minyak
  • 2 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 cawan ikan bilis, direndam*
  • 1/2 cm belacan*(*dikisar halus)
  • 1 camca besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi, masukkan ikan masin pari dan kacau goreng 1- 2 minit. Tuang air kurang lebih 500 ml sebagai kuahnya (bergantung pada kehendak masing2). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan isi dan btg keladi celur tadi bersama2 daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula. Bolehlah dihidang kan bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan. 

Apakah makanan khasiat / dilarang untuk ibu HAMIL?



Pilihan yang lebih berkhasiat untuk Ibu Mengandung:

▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.
Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis. Jenisjenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.

Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat. Adalah lebih balk jika dayang mengurangkan pengambilan jenis jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat.

SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI
2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI
1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG
1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM
1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai

MAKANAN YANG DILARANG

Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan kerana mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksoplasmosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda.

Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.

Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh karena itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad atau lalapan yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis.

Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diare yang berat pada ibu hamil. Juga diperhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.

Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerusakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA rekomendasi ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebatas 12 ons perminggu

Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai resiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.

Jangan minum yang mengandung alcohol dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin ada juga problem emosional pada bayi.

Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dibatasi karena kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.

Ingatlah perkembangan bayi dalam kandungan anda tergantung dari apa yang anda makan selama kehamilan.

Merancang Jantina Bayi ?


Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. 

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX(anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda –benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4.Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut.

2.Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Tips Dari : Dr Hamid Arshat

Ingin Tahu Kelebihan Dan Kebaikan Bawang




Khasiat Bawang

1. Pening Kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih. 

2. Lemah Otot:
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah. 

3. Demam Selsema:
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

4. Susah Hadam:
Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu. 

5. Serangan Angin:
Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. Serangan Cacing:
Amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

Petua-Petua Nenek Moyang Kita Dulu-Dulu



1. Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

2. Hampas Teh Suburkan Tanaman:
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau. 

3. Mengatasi Sengal Tulang:
Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

4 Merawat Kulit Berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan. 

5. Daun Puding Atasi Gatal Di Kepala:
Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

6. Legakan Sakit Gigi:
Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit. 

7. Segarkan Mata:
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

8. Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat:
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke
 dalam hidung.

9. Kulit Limau Hilangkan Bau Badan:
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu. 

10. Mengurangkan Dengkur:
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.

11. Cara Menghilangkan Ketuat: 
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

12. Menaikkan Seri Muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu. 

13. Mengelakkan Nafas Berbau:
sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu. 

14. Limau Nipis Mewangikan Rambut:
Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas. 

15. Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur:
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan
menggunakan tuala tadi
.

16. Mengelak Keguguran Rambut:
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kuit kepala
seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor. 


17. Ubati Bibir Yang Pecah:
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.

18. Menghilangkan Kembong Perut.
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut. 


19. Atasi Tumit Pecah:
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit
kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi. 


20. Ubat Sakit Angin:
Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah.
badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.


21. Menghaluskan Kulit Muka:
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
 
22. Melembutkan Tapak Kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya. 

23. Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh:
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

24. Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung:
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.

25. Mencantikan Telur Rebus:
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah kedalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu. 

26. Menghalau Semut:
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

27. Mengelakkan Lipas:
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

28. Mengelakkan Sawang Atau Sarang Laba-Laba:
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan
penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.


29. Hilangkan Lebam Di bawah Mata:
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa
kali.


30. Menghilangkan Bau Mulut:
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali.

31. Merawat Sakit Lecur:
Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

32. Meredakan Batuk:
Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di
dalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

 
33. Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin:
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada waktu pagi dan malam.

34. Mencantikan Kulit Janin:
Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir
nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.


35. Mengembalikan Kesegaran Kepala:
Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang.

36. Menghaluskan Kulit Muka:
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga
ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.


37. Mencabut Kutu Babi:
Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.


Punca Kenapa Sekarang Ramai Yang Kahwin Lambat


1. Faktor Revolusi Pendidikan - Berbanding dengan zaman dahulu, majoriti orang muda kini melanjutkan pelajaran sehingga ke Tingkatan 5. Jadi, mereka perlu menunggu sehingga tamat sekolah sebelum boleh berkahwin dan ini bermaksud sehingga berusia 17 tahun. Bagi yang menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi, tempoh menunggu ini dilewatkan lagi sehingga mereka menamatkan pengajian iaitu lebih kurang pada usia 23 hingga 24 tahun. Tentunya mereka perlu mendapatkan pekerjaan dan mengumpulkan sedikit wang sebelum menamatkan zaman bujang. Ini mungkin memerlukan dua atau tiga tahun. Maka, mahu tidak mahu, mereka hanya boleh berkahwin pada usia 26 atau 27 tahun. Maka, revolusi pendidikan ini adalah satu sebab mengapa perkahwinan tertangguh. 

2.Peluang Pekerjaan Untuk Wanita - Faktor ini mungkin lebih mempengaruhi wanita berbanding lelaki kerana ia membolehkan wanita berdikari. Peluang pekerjaan yang terbuka luas ini membolehkan wanita menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, baik yang profesional mahupun yang tidak profesional. Dengan bekerja, mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri yang membolehkan mereka berdikari tanpa perlu bergantung kepada keluarga mahupun suami. Jika suatu masa dahulu, motivasi untuk mempercepatkan perkahwinan bagi wanita ialah supaya ia dapat meringankan beban keluarga kerana ditanggung oleh suami, kini dengan bekerja, ia tidak perlu berkahwin untuk meringankan beban keluarga. Memadai dengan bekerja, ia dapat meringankan beban keluarga, malah akan dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berpendapatan sendiri ini, ada di antaranya yang ingin merasa 'pegang' duit dahulu. Maka, ini juga akan menyebabkan perkahwinan tertangguh. Bagi wanita professional pula, dedikasi mereka terhadap karier mungkin akan membuatkan mereka meminggirkan dahulu niat untuk berumahtangga.

3. Jangkaan-Jangkaan Yang Terlalu Tinggi - Misalnya,  seorang wanita inginkan lelaki yang kacak, segak, kaya, berpendidikan dan pemurah sebagai buah hatinya. Begitu juga, seorang lelaki mengimpikan seorang wanita yang cantik, tinggi lampai, rambut ikal mayang, pandai memasak dan seumpamanya. Bila kita mempunyai jangkaan yang hebat-hebat dan terlalu banyak kriteria untuk dipenuhi, tentu sahaja kita memerlukan lebih banyak masa untuk menemui lelaki atau wanita idaman kita itu.

Tahu Ke Anda Daging Kambing Baik Untuk Jantung Kita


Tidak seperti daging kambing biri-biri, daging kambing biasa mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang sangat rendah. Ia sangat ideal bagi mereka yang sangat menitikberatkan soal kesihatan.

Keistimewaan lain yang terdapat dalam daging kambing:

1. Baik untuk jantung dan ia disyorkan oleh American Heart Association bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan yang melibatkan jantung.
2. Ia kaya dengan protein dan ratio lemak sihat.
3. Mengandungi zat besi dan potasium yang tinggi beserta dengan tahap sodium yang rendah.
4. Kandungan kalori dan kolesterolnya lebih rendah berbanding daging lembu dan ayam.
5. Tiada pencemaran hormon seperti daging ayam dan pencemaran bakteria sepertimana yang ada pada ikan.