Selasa, 8 Mei 2012

Kenapa Stress Nak Tahu SebabNya!



SEBAB-SEBAB YANG MENDATANGKAN STRESS

Stress ialah keadaan hati dan fikiran yang tidak tenang …menjadi kacau…sehingga boleh mendatangkan kesan yang serius pada jiwa dan penyakit pada jasad seseorang…jika ianya tidak diubati.
Menurut Islam stress itu berpunca daripada sifat mazmumah yang menyerang hati manusia…yang menghilangkan kesabaran..ketenangan dan kewarasan

Antara sifat mazmumah utama yang menghilangkan ketenangan di hati itu ialah :

1. Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Nabi saw pernah bersabda mafhumnya….janganlah marah..kerana marah itu berasal dari syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api..

Sabda baginda lagi yang bermaksud:

“Bukanlah seseorang itu dikatakan kuat kerana dapat menumbangkan lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya di waktu marah”

Punca stress yang paling utama ialah marah…kerana perasaan marah boleh membawa kepada tekanan perasaan yang teruk sehingga boleh membawa kepada mencederakan mahupun membunuh…..jadi kawallah kemarahan anda.

2. Pendendam

Perasaan ini juga amat bahaya kerana ianya tersembunyi di dalam hati iaitu ibarat lahar gunung berapi di dalam dada yang menunggu masa nak meletus. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang sekecil-kecil sekalipun seperti menyakitkan hati orang yang didendami atau menjatuhkan maruah orang yang didendaminya itu. Sebab itu orang yang pendendam mudah terkena sakit jantung. 

Sebaik - baik orang yang marah, memaafkan orang yang dimarahinya.

Maksud firman Allah: "Dan jika mereka marah, mereka memberi maaf." 

(Surah al - Syura 42: 37

3. Hasad dengki 

Sifat dengki menghapuskan amalan baik.

Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:

“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar. (Al-Hadis)

Luqman Al-Hakim ada memberikan nasihat yang panjang kepada anaknya sebagaimana yang telah di riwayatkan oleh Al-Muharbi, daripada Sufyan Ats-Thaury.

Luqman berkata ,:“Hai anakku!, ada tiga tanda orang yang berhasad dengki itu. Dia akan mengumpatsahabatnya apabila dia tiada, akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembiradengan musibah yang menimpa sahabatnya

4. Bakhil

Bakhil merupakan sifat yang merugikan umat Islam kerana sifat bakhil ini hanya akan bertamu di hati orang yang terlalu sayangkan harta dunia. Hati orang yang bakhil ini akan merasa takut kalau-kalau ada orang lain yang ingin berkongsi rezeki atau harta bersama dengannya….dia merasakan segala rezeki dan kurniaan Allah itu hanyalah miliknya seorang…sedangkan dirinya hanyalah pemegang amanah..dan dia sepatutnya berkongsi nikmat itu dengan orang yang tidak berdaya dan mempunyai upaya…

Sifat bakhil merupakan penyakit hati yang kronik yang pastinya boleh mendatangkan stress..dan ianya sifat yang amat tercela….

Firman Allah: 

Dan barang siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya maka mereka itulah orang-orang yang berjaya (mendapat kemenangan). (Surah At-Taghabun ayat 16)

Nabi saw bersabda,

Hendaklah kamu menjauhi sifat bakhil kedekut kerana sesungguhnya telah binasa orang-orang sebelum kamu disebabkan bakhil kedekut.

Dan sabda baginda saw lagi,

Tiga perkara menjadi sebab kebinasaan – sifat bakhil kedekut yang dituruti, keinginan hawa nafsu yang diikut dan seseorang yang mengagumi dirinya. (Riwayat Al Tabarani

5. Tamak 

Satu lagi penyakit hati yang boleh mendatangkan stress…..

Menurut seorang ulamak tasauf….perasaan tamak itu seumpama seorang yang mengisi karung guni yang bocor di bawahnya….isilah banyak manapun pasti takkan menjadi penuh guni tersebut….begitulah orang yang tamak….carilah sebanyak manapun harta kekayaan dan nikmat di dunia pasti dia akan merasakan tidak mencukupi.
Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

Sekiranya anak Adam itu memiliki satu lembah emas nescaya dia akan sangat menginginkan dua lembah emas, sedangkan kelak mulut anak Adam akan dipenuh dengan tanah, lalu Allah SWT memberi keampunan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

(al-Bukhari, no: 6439)

Rasulullah sallallhu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Hamba Allah selalu mengatakan, ‘Hartaku, hartaku’, padahal hanya dalam tiga soal saja yang menjadi miliknya iaitu apa yang dimakan sampai habis, apa yang dipakai hingga rosak, dan apa yang diberikan kepada orang sebagai kebajikan. Selain itu harus dianggap kekayaan hilang yang ditinggalkan untuk kepentingan orang lain,

” (HR Muslim).

Seorang sahabat datang kepada Nabi salallhu ‘alaihi wasallam dan bertanya, “Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan yang bila aku amalkan nescaya aku akan dicintai Allah dan manusia.” Rasulullah salallhu ‘alaihi wasallam menjawab, “Hiduplah di dunia dengan berzuhud (bersederhana) maka kamu akan dicintai Allah, dan jangan tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia, niscaya kamu akan disenangi manusia.”

(HR. Ibnu Majah)

6. Tidak sabar

Gopoh..gelojoh…ingin cepat…penting diri sendiri…...itu adalah punca tidak sabar…..Sifat ini kadangkala kita boleh lihat pada pemandu-pemandu di jalanraya…mereka kebanyakkannya gopoh dan tidak sabar kerana ingin cepat sampai…maka ramai pemandu yang terkena penyakit stress…pada hari ini…mengikut kajian seorang pakar motivasi kemanusiaan DR Doyle Staples….stress ketika memandu inilah yang mempengaruhi gaya kerja seseorang di pejabat….jika dia stress ketika memandu ke tempat kerjanya pada waktu pagi…maka mutu kerjanya akan merosot dan terjejas…

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah".

Gopoh gapah itu hasutan syaitan

Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah Al-A'raf 7: Ayat 201).

7. Ego (sombong)

Ibu segala sifat mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
Allah swt amat membenci orang yang sombong kerana dengan sifat sombog inilah maka iblis telah dilaknat dan dihalau dari syurga. 

Di antara bahaya sikap sombong yang allah keji ialah:

1. Orang Yang Sombong Telah Mengabaikan Perintah Allah subhanahu wata’ala.

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri (angkuh).” (QS. 31:18) 

2. Orang Yang Sombong Menjadi Penghuni Neraka.

Tidak akan masuk surga siapa saja yang di dalam hatinya terdapat sedikit kesombongan.” (HR. Muslim) 

3. Orang Yang Sombong Pintu Hatinya Terkunci & Tertutup. 

“Demikianah Allah mengunci mati pintu hati orang yang sombong dan sewenang-wenang” (QS. Ghafir 35) 

4. Kesombongan Membawa Kepada Kehinaan Di Dunia & Di Akhirat.

Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di dunia ini tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanku”. (QS. Al-’Araf: 146)

8. Riak

Menyeksa diri sendiri kerana sentiasa mercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. 

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah:

Wahai orang-orang Yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu Dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang Yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin Yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang Yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa Yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum Yang kafir
Orang yang terkena penyakit ini akan merasa stress akibat dunia kepura-puraan yang di cipta olehnya sendiri.

9. Cinta dunia

Cintakan dunia bencikan akhirat…..berpandangan materialistic…membuat sesuatu di atas dasar keuntungan bukan kebajikan….dialog yang selalu kita dengar daripada manusia spieses ini ialah:

“kalau saya tolong kamu apa yang saya dapat?”

“Apakah bahagian saya…kalau saya luluskan projek ini…”

Orang yang cintakan dunia dia bencikan mati…dia tak boleh dengar cerita tentang akhirat…dia amat tidak menyukainya…..dengan hadis mereka tersendiri…”Hidup hanya sekali…..muda hanya sekali…enjoy sebelum mati…”

Nabi saw pernah bersabda:

“Akan datang kepada umatku suatu zaman, di mana mereka lebih cinta kepada lima perkara dan lupa kepada lima perkara lain iaitu cinta kepada dunia dan lupa kepada akhirat; cinta kepada harta dan lupa kepada hari hisab (perhitungan); cinta kepada makhluk dan lupa kepada khaliq (penciptanya); cinta kepada dosa dan lupa kepada taubat; cinta kepada mahligai dan lupa kepada makam (kuburan).”

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bercita-citakan kehidupan akhirat, maka Tuhan menjadikan kekayaan dalam hatinya, dihimpunkan segala kepentingannya, dan diberikan kepadanya kenikmatan hidup ini seberapa perlunya. Sesiapa bercita-citakan kehidupan dunia, Allah menjadikan kemiskinan antara dua matanya, dipisahkan daripadanya apa yang menjadi keperluannya dan tidak di-berikan kepadanya kenikmatan hidup dunia kecuali apa yang sudah ditentukan.”

– (Hadis riwayat aT-Tarmizi)

Maka orang yang menyintai dunia sehingga menolak kehidupan di akhirat …inilah golongan manusia yang sakit jiwanya…kerana hanya mereka yang takut dengan pembalasan di akhirat sahajalah yang tidak akan menzalimi manusia yang lain dengan sebarang bentuk kejahatan….

Orang yang melakukan dosa..hatinya tidak tenang….kerana apabila banyak dosa yang telah dilakukan ..maka banyaklah tompok hitam yang mewarnai hati hati…maka bila hati menjadi hitam….apakah ketenangan akan bertakhta di hati????

Inilah sembilan perkara besar yang paling utama di dalam membiakkan perasaan stress di dalam jiwa manusia……perkara ini perlulah kita ambil perhatian dan kita cari penawarnya…kerana jika kita biarkan…maka ianya akan menyebabkan hati kita diserang penyakit jiwa yang kronik…..

Hari ini ramai rakyat Malaysia yang terkena penyakit hati sebegini….yang dinamakan sifat mazmumah yang akhirnya menjadi peyakit jiwa yang berbahaya yang dikenali sebagai penyakit skizofrenia…sehingga membawa kepada peringkat membunuh…menyembelih….terdengar bisikan agar menetak saudaranya….sahabat..kekasih…malahada yang menyembelih anak isteri dan ibu dan ayahnya sendiri…nauzubillah.

Kembalilah kepada Islam..amalkan akhlak Islam……kita pasti selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan