Khamis, 26 April 2012

LAKSA PENANG









Bahan-Bahan


Bahan yg Diperlukan 
1) Laksa (1 kg)
2) Telur rebus - mengikut saiz hidangan (secukupnya)
3) Bawang besar - dihiris nipis (1 biji)
4) Nenas - dipotong kecil (1/4 biji)
5) Timun - dihiris nipis memanjang (1/2 biji)
6) Limau nipis - dihiris nipis dan dibuang biji (2 biji)
7) Cili merah - dihiris nipis (3 biji)
8) Salad hijau - dihiris nipis (1 cawan)
9) Bunga kantan - dihiris nipis (2 batang)
10) Daun pudina (sedikit)


Bahan untuk Kuah Laksa 
1) Ikan kembung - rebus dan ambil isinya (4 ekor)
2) Asam Jawa - telah digunakan untuk merebus ikan (10 keping)
3) air rebusan ikan bersama tulang ikan rebus 
4) Pes cili (150g)
5) Belacan bakar (25g)
6) Halia (1 inci)
7) Lengkuas (1 inci)
8) Bawang merah (5 ulas)
9) Bawang putih (8 ulas)
10) Bunga kantan (1 batang)
11) Daun kesum (100g)
12) Serai (3 batang)
13) Gula (sedikit)
14) Garam (secukup rasa)



Cara Memasak


Bagi menyediakan kuahnya, kisar hancur tulang ikan rebus tadi bersama air rebusannya.

Kemudian tapis dan ambil air kisarannya.

Kisar juga separuh daripada isi ikan rebus tadi bersama air rebusan ikan.

Dan tapiskan kedalam mangkuk yang sama dengan air kisaran tulang tadi.

Kemudian kisar pula, bawang putih, bawang merah, halia, belacan,dan juga pes cili bersama sedikit air.� Kisar sehingga hancur sebati

Seterusnya, curahkan air kisaran tulang dan isi ikan tadi ke dalam periuk, bahan-bahan kisar, serai yang diketuk, lengkuas dihiris nipis, bunga kantan dibelah empat, daun kesum, lebihan separuh lagi isi ikan bersama asam keeping. Anda boleh tambahkan lagi asam keping jika suka . 

Kacau rata bahan-bahan tersebut dan masak sehingga kuah ini mendidih. Kacau sekali sekala. Setelah mendidih, perlahankan api dan masukkan bahan-bahan perasa iaitu garam dan gula..� 

Biarkan kuah ini mereneh di atas api yang kecil sehingga pekat dan semua rasa sebati.

Untuk rasa yang lebih enak, kuah ini boleh juga dimasak dan dibiarkan semalaman sebelum dinikmati.

Apabila kuah benar-benar pekat mengikut citarasa, tutup api.

Hidangkan kuah ini bersama-sama laksa dan bahan-bahan sampingan yang lain.

Untuk menikmatinya, masukkan laksa ke dalam mangkuk hidangan bersama dengan salad hijau, hirisan nenas, timun, bawang, cili merah, bunga kantan, limau nipis, daun pudina, telur rebus, dan akhir sekali curahkan kuah laksa. 

Selamat menikmati hidangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan