Khamis, 26 April 2012

Punca Kenapa Sekarang Ramai Yang Kahwin Lambat


1. Faktor Revolusi Pendidikan - Berbanding dengan zaman dahulu, majoriti orang muda kini melanjutkan pelajaran sehingga ke Tingkatan 5. Jadi, mereka perlu menunggu sehingga tamat sekolah sebelum boleh berkahwin dan ini bermaksud sehingga berusia 17 tahun. Bagi yang menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi, tempoh menunggu ini dilewatkan lagi sehingga mereka menamatkan pengajian iaitu lebih kurang pada usia 23 hingga 24 tahun. Tentunya mereka perlu mendapatkan pekerjaan dan mengumpulkan sedikit wang sebelum menamatkan zaman bujang. Ini mungkin memerlukan dua atau tiga tahun. Maka, mahu tidak mahu, mereka hanya boleh berkahwin pada usia 26 atau 27 tahun. Maka, revolusi pendidikan ini adalah satu sebab mengapa perkahwinan tertangguh. 

2.Peluang Pekerjaan Untuk Wanita - Faktor ini mungkin lebih mempengaruhi wanita berbanding lelaki kerana ia membolehkan wanita berdikari. Peluang pekerjaan yang terbuka luas ini membolehkan wanita menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, baik yang profesional mahupun yang tidak profesional. Dengan bekerja, mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri yang membolehkan mereka berdikari tanpa perlu bergantung kepada keluarga mahupun suami. Jika suatu masa dahulu, motivasi untuk mempercepatkan perkahwinan bagi wanita ialah supaya ia dapat meringankan beban keluarga kerana ditanggung oleh suami, kini dengan bekerja, ia tidak perlu berkahwin untuk meringankan beban keluarga. Memadai dengan bekerja, ia dapat meringankan beban keluarga, malah akan dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berpendapatan sendiri ini, ada di antaranya yang ingin merasa 'pegang' duit dahulu. Maka, ini juga akan menyebabkan perkahwinan tertangguh. Bagi wanita professional pula, dedikasi mereka terhadap karier mungkin akan membuatkan mereka meminggirkan dahulu niat untuk berumahtangga.

3. Jangkaan-Jangkaan Yang Terlalu Tinggi - Misalnya,  seorang wanita inginkan lelaki yang kacak, segak, kaya, berpendidikan dan pemurah sebagai buah hatinya. Begitu juga, seorang lelaki mengimpikan seorang wanita yang cantik, tinggi lampai, rambut ikal mayang, pandai memasak dan seumpamanya. Bila kita mempunyai jangkaan yang hebat-hebat dan terlalu banyak kriteria untuk dipenuhi, tentu sahaja kita memerlukan lebih banyak masa untuk menemui lelaki atau wanita idaman kita itu.

1 ulasan: